Pemilihan PKR: Amirudin sah tanding jawatan peringkat pusat

DATUK Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding bagi peringkat pimpinan PKR pusat pada pemilihan parti itu pada 24 Mei ini.

Naib Presiden PKR itu bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya, mengambil kira keperluan mewujudkan kestabilan dan kepentingan PKR sebagai antara parti tunjang dalam pembentukan kerajaan Perpaduan.

“Pada waktu ini PKR adalah parti kerajaan dan antara tunjang penting dalam Kabinet termasuk jawatan Perdana Menteri.

“Apa-apa berlaku di peringkat parti akan memberi kesan kepada kerajaan. Itu harus difikirkan dengan teliti,” katanya selepas melancarkan bas elektrik bagi program SMART Selangor, di Shah Alam hari ini.

Mengulas mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang dijangka tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini, Amirudin berpandangan terdapat ruang untuk perbincangan berhubung perkara itu.

Jelasnya, hak demokrasi tetap diberikan dalam pemilihan tersebut dan parti juga terbuka kepada mana-mana ahli untuk berbanding.

“Tetapi kalau pertandingan itu akhirnya menimbulkan perbalahan dan menggoyang parti dalam jangka panjang terhadap keutuhan kerajaan, saya rasa ia wajar dimusyawarahkan (dirundingkan),” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berlangsung pada 24 Mei ini.

Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung