Serahan notis kekosongan DUN Ayer Kuning pada Selasa

IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dijangka akan menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa ini.

Ia susulan kematian penyandang DUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin pada petang Sabtu.

Beliau berkata, perkara tersebut akan dimaklumkan kepada SPR secara rasmi mengikut Undang-undang Tubuh (Kerajaan Perak) dan Perlembagaan Negara.

“Insya-Allah minggu depan kita akan makluman kepada SPR seperti mana yang pernah berlaku di DUN Slim di mana penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia.

“Kita akan maklumkan secara rasmi kepada SPR supaya proses yang sepatutnya mengikut Undang-undang Tubuh dan Perlembagaan Negara.

“Kita tunggu minggu depan. Saya akan jemput media sekali maklumkan mengenai penyerahan notis tersebut. Seawalnya pada Selasa,” katanya.

Beliau ditemui ketika hadir menziarahi Allahyarham Ishsam di Desa Sri Ampang, pagi Ahad.

Mengikut Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Speaker DUN akan memaklumkan kepada SPR untuk diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ianya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Allahyarham Ishsam meninggal dunia akibat serangan jantung dan rebah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di Georgetown, Pulau Pinang petang Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 lalu, Ishsam yang pertama kali bertanding menang kerusi DUN Ayer Kuning dalam pertembungan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak