Tubuh Jejak Nanas bantu tingkat sektor pelancongan

KLUANG – Setelah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar nanas terbesar di Malaysia, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini berhasrat untuk menubuhkan pelan rantaian ‘Jejak Nanas’ di Johor.

Pengerusinya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pelan itu diwujudkan sebagai usaha melonjakkan industri nanas di negeri ini tidak hanya pada bidang pertanian, namun menerusi sektor agropelancongan negara.

“Seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, pelan ini akan menjadi panduan kepada pelancong untuk menjejaki lokasi berkaitan nanas seperti ladang berskala besar, muzium, pusat agroteknologi dan perusahaan tempatan.

“Antara lokasi yang berpotensi dimasukkan dalam pelan ini ialah Ladang Nanas Peninsular di Simpang Renggam, Muzium Nanas Pontian dan Laman Agroteknologi Nanas di Alor Bukit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Johor berjaya mengekalkan kedudukan sebagai negeri pengeluar nanas terbesar di Malaysia dengan keluasan tanaman mencecah 10,366.6 hektar dan pengeluaran sebanyak 280,878 metrik tan.

“Jumlah itu mewakili 63.7 peratus daripada keseluruhan pengeluaran nanas negara yang bernilai RM682.53 juta.

“Daripada jumlah keseluruhan 18,275.71 hektar tanaman nanas di Malaysia, lebih 10,000 hektar adalah di Johor dengan daerah Kluang dan Pontian mendominasi pengeluaran,” katanya.

Menurut Sheikh Umar, LPNM juga menyokong cadangan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, untuk menjadikan Johor sebagai destinasi utama agropelancongan bagi industri nanas.

“Antara cadangan yang dikemukakan adalah membangunkan sebuah lokasi ala ‘JermanPine Cafe’ di Simpang Renggam, iaitu konsep kafe bertemakan nanas yang sudah terbukti menarik pelancong di Kampung Peradin, Pontian.

“Sejak dibuka Disember lalu, JermanPine Cafe telah menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Jepun, Korea, China, Jerman, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” ujarnya.

Sheikh Umar menegaskan, nanas adalah sebahagian daripada identiti Johor dan memiliki sejarah panjang dalam sektor pertanian negeri itu.

“Bagi pihak LPNM, kami akan memberikan sokongan serta bantuan sewajarnya dalam merealisasikan pelan ini, selari dengan peranan kami sebagai agensi peneraju industri nanas negara,” katanya.

Related Posts

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar