AMK Perlis sokong kepimpinan Adam Adli, Kamil Munim

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan YB Adam Adli dan Muhammad Kamil Abdul Munim dalam menerajui sayap pemuda parti itu.

Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin berkata, Adam Adli merupakan pemimpin muda berprinsip, berani, dan konsisten dalam memperjuangkan agenda reformasi.

“Sebagai Ketua AMK Malaysia dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau membuktikan kebolehannya dalam memperjuangkan suara anak muda serta memperkukuh KEADILAN agar terus relevan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Kamil Munim memiliki ketokohan sebagai pemimpin progresif dan berkaliber dalam memperjuangkan hak rakyat.

“Sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan dan Timbalan Ketua AMK Malaysia, beliau telah memainkan peranan penting dalam membela kebajikan anak muda serta memperkukuhkan AMK sebagai gerakan yang dinamik,” jelasnya.

Menurutnya, AMK Perlis yakin bahawa kepimpinan Adam Adli dan Kamil Munim mampu membawa perubahan besar dalam sayap pemuda KEADILAN dan memperjuangkan suara generasi muda.

“Kami menyeru seluruh anggota AMK di setiap peringkat untuk bersatu menyokong mereka bagi memastikan gerakan ini terus maju, berani dan lantang dalam memperjuangkan agenda reformasi sebenar,” katanya lagi.

Related Posts

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

KANGAR – Kurang satu peratus banduan yang menjalani program pemulihan dalam komuniti di Perlis kembali melakukan kesalahan, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan itu dalam membantu mereka kembali kepada masyarakat. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Rusdah Jantan di mana kediamannya di Kampung Bukit Genting, dekat sini, ditimpa musibah kebakaran pada April lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis