Empat lelaki ditahan disyaki seleweng 15,000 liter diesel untuk melombong bijih besi

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan empat lelaki, termasuk seorang warga asing, selepas disyaki menyeleweng lebih 15,000 liter diesel dengan nilai rampasan hampir RM150,000 di Kampung Pasir Era, Kuala Nal, Kuala Krai.

Serbuan pada Isnin yang dilakukan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubur itu bagaimanapun berjaya membongkar kegiatan licik penyelewengan diesel yang disyaki digunakan untuk aktiviti perlombongan bijih besi secara haram.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihak penguat kuasa turut menyita beberapa barang bukti termasuk sebuah lori tangki, paip getah, serta dokumen berkaitan transaksi jual beli.

“Ketika serbuan dilakukan, pasukan penguat kuasa mendapati enjin lori masih dihidupkan dan satu saluran paip getah disambungkan ke dalam sebuah skid tank, manakala seorang lelaki dilihat sedang mencangkung di atas skid tank sambil memegang paip besi, sementara pemandu lori berada di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, keempat-empat suspek yang ditahan itu merupakan seorang pemborong berlesen, seorang warganegara Indonesia, serta dua lelaki tempatan yang dipercayai pekerja di tapak perlombongan berkenaan.

Terdahulu, pihak penguat kuasa telah mengesan lori tangki jenis Hino yang membawa diesel itu telah memasuki kawasan tapak perlombongan yang tidak berlesen.

Kes berkenaan bagaimanapun disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 termasuk kesalahan menyimpan barang kawalan tanpa lesen yang sah serta membekalkan kepada pihak yang tidak berlesen.

Related Posts

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

MIRI – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 55, berhampiran sekolah berkenaan, pada Selasa. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen