Sarawak perkenal AirBorneo, Kerajaan Madani terus beri sokongan – Anthony Loke

KUCHING – Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia mempunyai syarikat penerbangan sendiri apabila memperkenalkan AirBorneo.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Sarawak berjaya merealisasikan usaha memiliki syarikat penerbangan sendiri setelah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan kira-kira dua tahun lalu.

“Dua tahun lalu, ketika Sarawak pertama kali berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya mengenai aspirasi menubuhkan syarikat penerbangan baharu, saya telah mencadangkan agar pengambilalihan MASwings terus dipercepatkan,” kata beliau.

Tambah beliau, Kerajaan Madani akan menyokong usaha proaktif Sarawak dalam membangunkan keterhubungan serantau dan antarabangsa dengan fokus di Borneo.

“Saya yakin sepenuhnya bahawa apabila Sarawak makmur, Malaysia turut makmur,” ujar beliau selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian bagi syarikat penerbangan Sarawak itu disaksikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan beberapa menteri peringkat Persekutuan dan kerajaan Sarawak pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari mengumumkan nama baharu AirBorneo sebagai syarikat penerbangan milik Sarawak selepas mengambilalih MASWings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) semalam.

“AirBorneo bakal mewujudkan keseimbangan antara kesalinghubungan serta manfaat dari segi ekonomi,” ujar beliau.

Selain itu, beliau berkata, Sarawak akan menjadi hab penerbangan Borneo dan menjadi gerbang ASEAN sekali gus membuka laluan kepada peluang baharu.

“Ini termasuk memupuk akses yang lebih baik kepada destinasi tempatan dan antarabangsa sekali gus kepada manfaat kepada rakyat Sarawak sendiri,” ujar beliau.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik