Petronas hargai dedikasi, komitmen pengamal media

KOTA KINABALU – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menghargai dedikasi dan komitmen pengamal media yang bekerja keras untuk melaporkan berita dan memberikan konteks yang tepat di sebalik setiap tajuk.

Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Siti Azlina Abd Latif berkata komitmen pengamal media dalam menyampaikan berita, maklumat dan cerita kepada orang ramai sangat membantu Petronas berkongsi mesej kepada pemegang taruh, rakan niaga dan masyarakat.

“Di Petronas, kami menghargai lebih daripada sekadar kerjasama profesional.

“Kami menghargai hubungan yang lebih mendalam, saling memahami, menghormati dan mempercayai.

“Sesungguhnya, membina kepercayaan dan saling memahami adalah kunci kepada pelaporan yang tepat dan mencerminkan realiti berita.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini dan terus bersama-sama mencipta cerita berkredibiliti yang menonjolkan ketahanan, inovasi dan komitmen yang mantap terhadap visi bersama untuk masa depan yang lebih mampan,” katanya.

Siti Azlina berucap demikian semasa Majlis Tahun Baru Cina 2025 Petronas bersama Pengamal Media Sabah di sini pada Khamis.

Pada majlis tersebut, seramai 60 pengamal media hadir daripada pelbagai agensi yang diraikan sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025.

Tambah beliau, Petronas komited untuk menyokong seni kewartawanan melalui sumbangan kepada Anugerah Kinabalu Press di Sabah, Anugerah Kewartawanan Kenyalang di Sarawak dan di peringkat kebangsaan iaitu Anugerah Kewartawanan Petronas-Malaysia Press Institute.

Katanya lagi, anugerah-anugerah ini menjadi bukti kepada kekuatan kewartawanan dalam membentuk masyarakat yang berilmu.

“Kami berasa bangga dapat bersama-sama dan mengenali bakat dalam industri ini.

“Dengan mengiktiraf kecemerlangan kewartawanan, kami meraikan semua cerita yang mendidik, memberi inspirasi dan menghubungkan kita dengan cara yang bermakna,” katanya.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat