Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

KANGAR – Perlis boleh dijadikan contoh dalam meraikan kepelbagaian kaum dan semangat Malaysia Madani meskipun mempunyai komuniti Cina yang kecil di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai berkata, rakyat Malaysia semakin matang dalam memahami batasan agama dan budaya masing-masing.

“Kehadiran Raja Muda Perlis dalam acara kebudayaan seperti tai chi menunjukkan sikap keterbukaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya selepas sambutan Chap Goh Meh di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang timbul baru-baru ini mengenai kehadiran masyarakat dalam program agama atau kebudayaan kaum lain.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling bersama kira-kira 500 hadirin berbilang bangsa turut sama meraikan majlis yang cukup meriah itu.

Menurutnya Ming Kai, perpaduan bukan bermaksud menghapuskan perbezaan tetapi meraikannya dengan penuh hormat dan kefahaman.

“Kita belajar dari masa ke masa. Jika kita cuba mengelakkan perbezaan, itu ada maknanya. Rakyat kini lebih memahami adat, budaya dan agama masing-masing dan meraikan budaya lain mengikut keterbatasan tertentu,” ujarnya.

Tambahnya, Perlis boleh dijadikan contoh kerana pemimpin negeri, termasuk raja pemerintah turut hadir secara fizikal dalam program berbilang kaum.

Jelasnya lagi, usaha ini membuktikan semangat Malaysia Madani yang mementingkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat di negara majmuk ini.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan