Lebih AS$53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

SATU laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa keperluan pemulihan dan pembinaan semula di Semenanjung Gaza akan melebihi $53 bilion (kira-kira RM237.91 bilion), dengan keperluan jangka pendek dalam tempoh tiga tahun pertama mencecah $20.568 bilion (kira-kira RM91.94 bilion).

“Laporan ini menganggarkan keperluan pemulihan dan pembinaan semula dalam jangka pendek, sederhana, dan panjang di seluruh Gaza berjumlah $53.142 bilion. Daripada jumlah ini, keperluan jangka pendek dalam tempoh tiga tahun pertama dianggarkan sekitar $20.568 bilion,” menurut laporan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Menyoroti kesan ekonomi dan kemanusiaan yang teruk akibat konflik, laporan itu menyatakan bahawa ekonomi Gaza dijangka mengecut sebanyak 83 peratus pada 2024, dengan kadar pengangguran mencecah 80 peratus.

“Di Wilayah Palestin yang diduduki, kadar kemiskinan diunjurkan meningkat kepada 74.3 peratus pada 2024, berbanding 38.8 peratus pada akhir 2023,” kata laporan itu.

Guterres menekankan bahawa menangani keperluan kemanusiaan segera adalah sangat penting di mana dalam jangka masa terdekat, skala krisis kemanusiaan memerlukan tumpuan berterusan terhadap penyampaian bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa.

Merujuk kepada rayuan kecemasan kemanusiaan PBB berjumlah $6.6 bilion pada 11 Disember 2024, laporan itu menyatakan bahawa $3.6 bilion daripada jumlah tersebut diperuntukkan untuk menangani keperluan paling kritikal bagi 2.1 juta rakyat Palestin di Gaza.

“Keperluan jangka pendek ini memberi tumpuan kepada menangani keperluan kemanusiaan akut melalui penghantaran bekalan kecemasan dan penyediaan perkhidmatan kritikal, termasuk perlindungan, sehingga perkhidmatan tempatan dan pasaran dapat dipulihkan,” katanya.

Laporan itu turut menekankan dua keutamaan utama yang masih perlu diberi perhatian iaitu memastikan perlindungan yang lebih kukuh kepada orang awam serta menjamin akses yang selamat dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan.

“Dengan sebahagian besar bangunan kediaman mengalami kerosakan atau musnah, sekitar 1.13 juta orang kini tinggal di tempat perlindungan sementara atau khemah yang tidak memberikan perlindungan mencukupi, sambil memberi amaran bahawa perkhidmatan kesihatan masih berada pada tahap yang sangat kritikal,” katanya.

Laporan itu turut mengingatkan mengenai kematian sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak di Gaza akibat hipotermia pada bulan Disember dan awal Januari.

Guterres menggesa sokongan antarabangsa yang lebih kuat untuk memperkukuh institusi Pihak Berkuasa Palestin serta mempersiapkannya untuk mengambil alih pentadbiran penuh di Gaza.

“Reformasi politik, institusi, dan ekonomi juga diperlukan, tetapi ia mesti dapat dicapai dan dibiayai dengan secukupnya,” katanya.

Ketua PBB itu juga menegaskan bahawa Gaza mesti kekal sebagai sebahagian daripada sebuah negara Palestin, tanpa sebarang pengurangan wilayahnya serta memastikan perpaduan politik, ekonomi, dan pentadbiran penuh dengan Tebing Barat yang diduduki.

Related Posts

Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

PELAPOR Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin, Francesca Albanese mendedahkan, bahawa Israel menggunakan pelbagai bentuk penyeksaan secara meluas terhadap tahanan Palestin di pusat tahanan serta penduduk di wilayah yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini