Sikap saling hormat, terima perbezaan jadi kekuatan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat negara ini terhadap semangat saling menghormati dan menerima perbezaan yang menjadi tunjang perpaduan.

Perdana Menteri dalam perutusan sempena perayaan Thaipusam berkata, keunikan budaya dan amalan berbeza harus diraikan sebagai kekuatan dan bukan pemisah dan sebagai elemen yang memecah.

Jelasnya, ciri itu menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan serta nilai murni dan dihormati tidak hanya di rantau ini, malah seantero dunia.

“Negara tidak akan aman dan maju sekiranya titik perbedaan diperbesar dan prinsip kerukunan dikesampingkan.

“Walhasil, setiap perayaan yang berlainan dan unik seperti ini seharusnya difahami oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menjunjung prinsip berdamping (coexistence).

“Rakyat Malaysia adalah rakyat yang bertuah kerana dikurniakan kepelbagaian untuk memberi ruang bagi saling mengenali dan berkasih sayang, bukannya menyebar serta memicu kebencian,” katanya pada hantaran akaun laman sosial miliknya.

Anwar dalam masa sama turut mengajak semua rakyat untuk bersama membenih semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian dan memperkukuh kasih sayang.

“Hanya dengan memahami dan menghormati satu sama lain, kita dapat menjamin sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan makmur buat semua,” katanya.

Anwar berkata, Thaipusam bagi penganut Hindu tidak sekadar sebuah perayaan, tetapi menjadi simbol ketabahan, keazaman, dan pengorbanan dalam menempuh ujian kehidupan selain turut mencerminkan kekuatan dalaman dan disiplin mereka dalam mendepani tantangan.

“Tidak hanya itu, Thaipusam menyerlahkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian dalam konteks kenegaraan.

“Ia menjadi bukti bagaimana masyarakat boleh bersatu dalam suasana yang penuh dengan rasa hormat, kebersamaan dan kekeluargaan,” katanya.

Anwar berkata, tatkala ribuan penganut Hindu berkumpul untuk menunaikan nazar dan menzahirkan pengorbanan, negara menyaksikan satu manifestasi kekuatan yang kolektif, yakni cerminan masyarakat yang berdiri teguh dalam nilai kemanusiaan, kasih sayang, dan saling memahami.

Related Posts

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa AI jejas peluang kerja tidak tepat

KUANTAN – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman yang menggugat peluang pekerjaan rakyat, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti industri negara. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman