Remaja perempuan ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di sungai

KOTA BELUD – Remaja perempuan yang hilang sejak Ahad di Sungai Kedamaian, Kampung Pirasan ditemukan lemas, di sini, pada Isnin.

Mangsa Khairunisa Kembarudin, 16, ditemukan lemas oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada pukul 3.54 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Syazwan Latun berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak 3.5 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya dibawa ke hospital menggunakan trak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua kemudian ditamatkan pada pukul 5 petang setelah dipastikan tiada lagi bahaya.

“Seramai lapan anggota bomba daerah berkenaan dibantu lima lagi anggota bomba Kota Marudu, bersama jentera penyelamat tiba pada pukul 4.10 petang terlibat dalam operasi itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kejadian tersebut berlaku pada pukul 3.58 petang Ahad melibatkan mangsa bersama keluarga yang mandi di sungai berkenaan sebelum dilaporkan hilang.

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi SAR hari pertama secara ‘surface searching’ menggunakan bot penyelamat.

Operasi SAR itu juga turut dibantu oleh pihak polis dan penduduk kampung yang menjalankan operasi pencarian di tepi-tepi sungai.

Related Posts

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan terus menyediakan pelbagai insentif produktiviti dan sokongan input pertanian kepada pekebun kecil persendirian kelapa sawit bagi membantu meningkatkan hasil serta pendapatan mereka, termasuk di Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

KERAJAAN digesa agar terus memperkukuh insentif kerjaya, saraan, kepastian penempatan dan kemudahan kediaman bagi menarik lebih ramai pegawai perubatan untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar