Remaja perempuan dikhuatiri lemas di sungai, belum ditemukan

KOTA BELUD – Seorang remaja perempuan yang dikhuatiri lemas di Sungai Kedamaian, Kampung Pirasan, di sini, pada Ahad masih gagal ditemukan sehingga hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa Khairunisa Kembarudin, 16, masih belum dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua yang dijalankan pada pagi Isnin.

Katanya, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.58 petang, kelmarin.

“Menurut pemanggil, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan aktiviti mandi-manda bersama keluarganya sebelum dilaporkan hilang.

“Pada hari pertama SAR lapan anggota bomba menjalankan operasi dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang membuat selaman secara ‘Surface Searching’ menggunakan bot penyelamat.

“Operasi berkenaan juga dibantu oleh pihak polis dan penduduk kampung yang menjalankan pencarian di tepi-tepi sungai,” katanya.

Menurut Syazwan pencarian yang diteruskan hingga ke hari ini bagaimanapun masih gagal menjumpai mangsa.

“Pada hari kedua SAR, pasukan bomba bergerak ke lokasi bagi menjalankan operasi dibantu oleh pasukan PPDA dan Unit K9.

“Pihak bomba memaklumkan akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Related Posts

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan terus menyediakan pelbagai insentif produktiviti dan sokongan input pertanian kepada pekebun kecil persendirian kelapa sawit bagi membantu meningkatkan hasil serta pendapatan mereka, termasuk di Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

KERAJAAN digesa agar terus memperkukuh insentif kerjaya, saraan, kepastian penempatan dan kemudahan kediaman bagi menarik lebih ramai pegawai perubatan untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

Insentif berterusan bantu tingkat hasil dan pendapatan pekebun kecil sawit

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kuota 30 peratus kepakaran langkah tepat, insentif doktor di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat, bukan kemajuan segelintir – Amirudin

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Isu pelarian Myanmar antara tumpuan pertemuan Anwar, Min Aung Hlaing

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

Myanmar sedia tanggung kos penghantaran pulang rakyatnya – PM

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar

SIKR 3.0 lindungi 250,000 ketua isi rumah miskin, miskin tegar