Gempa bumi lemah dikesan di Kota Marudu

KOTA MARUDU – Gempa bumi lemah dikesan di Kota Marudu pada pukul 10.39 pagi pada Isnin dengan magnitud 3.8.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook rasmi melaporkan pusat gempa bumi tersebut terletak 6.3 ° utara dan 116.8 ° timur dengan kedalaman 10km dan 27km selatan dari Kota Marudu.

Menurut kenyataan yang sama, METMalaysia akan terus memantau keadaan ini.

METMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi tersebut untuk mengisi borang soal selidik di pautan ini https://forms.gle/k1owPntC45VwoVda6.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat berkata tiada panggilan kecemasan yang diterima oleh pihaknya.

Jelasnya, bomba kini sedang membuat pemantauan ke beberapa premis yang berisiko di daerah tersebut.

“Antara lokasi penting iaitu hospital, perhotelan, institusi kewangan, stesen minyak sekitar daerah Kota Marudu.

“Hasil pemantauan mendapati tiada gegaran dirasai penduduk dan tiada sebarang kerosakan struktur yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Isnin.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan