Pelaburan KWSP dalam MAHB jamin pulangan optimum kepada pencarum

PUTRAJAYA – Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pelaburan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bukan sahaja meningkatkan pegangan institusi tempatan dalam aset strategik negara, namun ia juga mencerminkan pendekatan pelaburan jangka panjang yang dinamik, bertujuan memastikan pulangan optimum kepada pencarum.

Pengarah Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Suhaimee Saahar@Saabar berkata, sebagai dana pencen terbesar negara, KWSP perlu memastikan setiap keputusan pelaburan membawa manfaat kepada pencarum.

Menurut Suhaimee, pelaburan dalam MAHB bukan sahaja dijangka akan meningkatkan nilai aset KWSP dalam jangka masa panjang malah ia boleh memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik kepada pencarum melalui dividen dan kenaikan harga saham.

Prof Madya Dr Suhaimee Saahar@Saabar

“MAHB merupakan syarikat penting dalam sektor penerbangan dan infrastruktur Malaysia. Sejak pandemik COVID-19, industri penerbangan mengalami pemulihan pesat, dengan jumlah penumpang dan aktiviti lapangan terbang meningkat.

“MAHB kini berada pada laluan pemulihan dan pertumbuhan, dengan peningkatan jumlah pelancong dan pemulihan sektor pelancongan jadi pelaburan semula dalam MAHB memberi KWSP peluang untuk mendapat manfaat daripada kenaikan nilai saham dalam jangka panjang.

“Projek dan inisiatif baharu MAHB, seperti peningkatan kapasiti lapangan terbang dan pelaksanaan teknologi baharu, dijangka meningkatkan keuntungan syarikat justeru KWSP melihat MAHB sebagai pelaburan bernilai tinggi yang akan memberikan pulangan mampan kepada pencarum,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Jelasnya, KWSP tidak sekadar membeli dan menyimpan saham tanpa strategi, sebaliknya, KWSP menggunakan pendekatan ‘active portfolio management’, di mana ia menyesuaikan pegangan saham berdasarkan keadaan pasaran untuk memaksimumkan keuntungan.

“Sebelum ini, KWSP menjual sebahagian saham MAHB pada harga yang menguntungkan, memastikan pulangan yang baik kepada dana pencarum. Kini, KWSP membeli kembali saham tersebut kerana melihat potensi pertumbuhan yang lebih besar dalam sektor penerbangan.

“Langkah itu menunjukkan bahawa KWSP bukan sahaja melabur untuk keuntungan jangka pendek, tetapi juga memastikan aset yang dimiliki berpotensi berkembang dalam jangka panjang.

“Ia jelas menunjukkan bahawa keputusan KWSP adalah langkah strategik untuk mengukuhkan portfolio dan mengekalkan pegangan dalam syarikat berkualiti tinggi sekaligus menolak naratif bahawa KWSP mengalami kerugian kerana pelaburan profesional itu bertujuan memberikan manfaat jangka panjang kepada pencarum dan negara,” ujarnya.

Suhaimee berkata, jual beli saham MAHB merupakan sebahagian daripada strategi dinamik KWSP untuk mengimbangkan portfolio pelaburan dan mengurangkan risiko sekaligus menunjukkan kepercayaan KWSP terhadap prospek jangka panjang sektor penerbangan dan ekonomi Malaysia.

“KWSP mengurus dana pencarum dengan strategi kepelbagaian pelaburan (diversification strategy), memastikan dana sentiasa diurus dengan baik dalam pelbagai sektor. Langkah itu membolehkan KWSP mengambil keuntungan pada masa yang tepat sambil memastikan pegangan dalam sektor penting tidak terjejas.

“Dengan membeli semula saham MAHB, KWSP memastikan pemilikan dalam syarikat penting seperti MAHB kekal dalam tangan institusi tempatan dan tidak dikuasai oleh pelabur asing sepenuhnya.

“KWSP juga dapat memastikan kepentingan rakyat Malaysia dalam sektor penerbangan terus terjaga, dengan pemilikan domestik yang kukuh. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti MAHB mendapat kestabilan pelaburan yang diperlukan untuk berkembang dan meningkatkan kecekapan operasi,” jelasnya.

Tambahnya, strategi KWSP dalam MAHB adalah satu langkah bijak berdasarkan analisis mendalam terhadap potensi pertumbuhan sektor penerbangan.

“KWSP memastikan aset strategik negara terus berada dalam tangan institusi tempatan, menjamin kestabilan ekonomi malah pelaburan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada KWSP tetapi juga kepada pencarum melalui pulangan jangka panjang yang mampan.

“Keputusan ini membuktikan bahawa KWSP terus memainkan peranan sebagai pemegang amanah dana rakyat dengan penuh tanggungjawab.

“Justeru naratif bahawa KWSP mengalami ‘kerugian’ adalah tidak tepat. Sebaliknya, langkah ini mencerminkan strategi pelaburan profesional yang bertujuan memberikan manfaat jangka panjang kepada pencarum dan negara,” tambahnya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014