Pos Malaysia lancar Pos Shop pertama di Sabah

KOTA KINABALU – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan pembukaan Pos Shop pertama di Malaysia Timur iaitu di Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu.

Menurut Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, pelancaran itu menandakan perkembangan positif terhadap ekonomi negeri Sabah.

“Kejayaan Pos Malaysia membuka Pos Shop pertama di Kota Kinabalu membuktikan Kota Kinabalu adalah satu bandaraya yang berdaya saing dan ekonominya semakin berkembang.

“Saya sebagai wakil kerajaan negeri mengalu-alukan pembukaan Pos Shop di Kota Kinabalu.

“Kami berharap kejayaan yang berterusan sekali gus membuka lebih banyak lagi Pos Shop di daerah-daerah lain,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pos Shop Pertama di Malaysia Timur mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di sini pada Jumaat.

Phoong berkata pembukaan Pos Shop ini dapat memberi impak positif kepada para peniaga tempatan kerana membuka ruang untuk memasarkan produk mereka.

“Tadi saya melihat beberapa produk tempatan Sabah yang dijual di Pos Shop, ada beberapa makanan yang dihasilkan di Sabah.

“Jadi itu sebenarnya memberi peluang dan ruang tambahan kepada penjual Sabahan untuk memasarkan produk mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya juga menantikan kerjasama dengan Pos Malaysia untuk terus menyediakan peluang kepada peniaga Sabahan menjual produk mereka sekali gus menyediakan ruang tambahan untuk memasarkan produk Sabah.

Tambahnya, fokus utama kerajaan pada ketika ini adalah mengembangkan lagi ekonomi di negeri ini.

“Jadi apa yang kerajaan sedang fokuskan ialah mengembangkan lagi ekonomi, membawa lebih banyak pelaburan, meningkatkan jangkauan perniagaan tempatan, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan serta membawa lebih banyak pelancong,” katanya.

Related Posts

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

BATU PAHAT – Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

KEPUTUSAN Ketua Dewan Muslimat Pas Perlis, Husna Hashim menolak pelantikan sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar dilihat membuka ruang kepada pelbagai tafsiran politik mengenai tahap sebenar hubungan Pas dan Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha