Pelesenan media sosial dijangka bertambah minggu hadapan

PUTRAJAYA – Penambahan baharu beberapa syarikat media sosial yang dijangka bakal menerima lesen penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial akan dimaklumkan minggu hadapan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya (Kementerian Komunikasi) memaklumkan mengenai perkara tersebut kira-kira selepas perayaan Thaipusam (11 Februari) nanti.

“Saya percaya insya-Allah minggu depan, lepas Thaipusam, kita akan ada sedikit maklumat,” katanya pada sidang media pasca Kabinet, hari ini.

Setakat ini, penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial ByteDance (TikTok), Tencent (WeChat) dan Telegram sudah diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.

Sementara permohonan gergasi media sosial Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram dan WhatsApp dijangka selesai dan diluluskan dalam masa terdekat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, selepas TikTok dan Wechat, permohonan Telegram untuk mendapatkan lesen sebagai penyedia perkhidmatan pesanan internet juga telah diluluskan, kata Fahmi.

Fahmi berkata, bagi permohonan Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram, dan WhatsApp pula, ia dijangka akan selesai dan diluluskan dalam masa terdekat.

“Telegram, Tiktok dan Wechat sudah diluluskan. Bagi Meta masih ada beberapa dokumen yang perlu dihantar tapi kita jangkakan dalam masa terdekat ia akan selesai,” katanya.

Pada Ogos lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu ini media melaporkan, WeChat dan ByteDance (TikTok) berjaya memperoleh lesen mereka manakala Telegram di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan