FAMA Perlis ambil inisiatif stabilkan bekalan kelapa menjelang Ramadan

KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis mengambil langkah intervensi bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga kelapa tua di negeri itu, khususnya menjelang Ramadan.

Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan berkata, pihaknya akan meningkatkan penerimaan bekalan daripada 3,000 biji kepada 5,000 biji setiap bulan menerusi dua kali penerimaan bagi memastikan keperluan pengguna dipenuhi.

“Buat masa ini, Pusat Operasi FAMA Negeri Perlis menerima 3,000 biji atau tiga metrik tan (MT) kelapa tua setiap bulan daripada Pusat Operasi Simpang Pulai, yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan (DC) zon utara.

“Bekalan tersebut akan diedarkan ke 24 outlet pemasaran FAMA, termasuk Agrobazaar Kedai Rakyat dan Agrobazaar Rakyat, serta enam pengusaha santan di seluruh negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Anzara, FAMA juga bekerjasama dengan pemain industri bagi memastikan rantaian bekalan kekal mampan dan dapat memenuhi keperluan pengguna di Perlis.

“Walaupun FAMA tidak dapat memberikan jaminan sepenuhnya terhadap kestabilan bekalan, langkah menambah penerimaan kelapa diharap dapat membantu pengguna, pengusaha santan, pemborong, dan peruncit menghadapi Ramadan.

“Intervensi ini dijangka memberi impak positif dalam menangani isu kekurangan bekalan serta ketidakstabilan harga kelapa di pasaran negeri itu,” jelasnya.

Mengikut kelaziman, permintaan kelapa tua dan santan meningkat mendadak terutama pada bulan puasa dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Related Posts

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

JELEBU – Isu kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli akan menjadi antara keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir