PKR guna elemen AI dalam pemilihan parti

PUTRAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI), menjadikannya parti pertama yang selari dengan perkembangan teknologi dalam pemilihan parti akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, langkah itu bukan sahaja melancarkan proses pengundian, malah memastikan pemilihan berlangsung secara telus, adil dan berintegriti.

“Sebelum ini, kemas kini keanggotaan dilakukan secara manual yang berisiko terhadap ralat manusia.

“Dengan pelaksanaan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Secara Digital), anggota perlu mengimbas kad pengenalan mereka bersama wajah menggunakan teknologi AI untuk mengesahkan identiti mereka sebagai anggota sah PKR.

“Selain itu, nombor telefon anggota juga boleh dikemas kini bagi menerima kod pengesahan (OTP) untuk tujuan pengundian.

“Proses ini termasuk kemas kini maklumat peribadi, pembayaran yuran serta persiapan untuk pengundian,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Buletin TV3.

Beliau menjelaskan bahawa sistem e-KYC digunakan secara meluas dalam sektor perbankan dan terbukti selamat bagi mengesahkan identiti seseorang serta mengelakkan manipulasi.

Jelasnya, Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif ini bagi mengukuhkan keyakinan parti dalam memperkasakan sistem pemilihannya.

Selain itu, ahli parti dapat menunaikan tanggungjawab berdemokrasi tanpa mengganggu kehidupan seharian kerana pengundian boleh dilakukan secara dalam talian.

Proses pemilihan PKR kali ini akan melalui tiga langkah utama: e-KYC, pendaftaran dan pembayaran yuran.

Pengundian peringkat cabang dijadualkan berlangsung pada April, manakala pemilihan peringkat Kongres Nasional pada Mei depan.

Fuziah turut menegaskan bahawa sistem pemilihan itu akan menggunakan teknologi ‘blockchain’ bagi memastikan keselamatan data dan ketelusan pengundian.

“Setiap pengundi akan diberikan satu ID (pengenalan identiti) yang dienkripsi, menjadikannya tidak boleh digodam atau ditiru.

“Teknologi ‘blockchain’ ini memastikan sistem pemilihan lebih terjamin dan tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Beliau menambah, sistem digital itu juga bertujuan mengelakkan sebarang pertikaian dalam bilik pengundian, seperti isu daftar pemilih atau kebebasan petugas pemilihan.

Susulan itu, PKR mewajibkan pra-pendaftaran bagi memastikan semua anggota dapat mengundi tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, bagi anggota yang tidak mempunyai akses kepada telefon pintar atau internet, khususnya warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mereka di kawasan pedalaman, pengundian secara manual tetap disediakan.

Petugas khas dari ibu pejabat dan cabang akan membantu dengan akses internet khas bagi menjamin ketelusan serta ketepatan data.

Dalam tempoh empat hari pertama pelaksanaan sistem e-KYC dan pendaftaran, lebih 8,000 anggota berjaya mendaftar, membuktikan keberkesanan serta penerimaan positif sistem ini dalam kalangan ahli parti.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled