Jangan polemik garis panduan umat Islam menghadiri perayaan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan agar semua pihak supaya tidak mempolemikkan cadangan penyenyediaan garis panduan penglibatan orang Islam di dalam majlis sambutan perayaan atau upacara kematian orang bukan Islam sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Mohd Na’im berkata, garis panduan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam itu bersifat nasihat dan bertujuan untuk memupuk keharmonian sosial dan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang agama di Malaysia.

Jelas beliau garis panduan itu juga bertujuan sebagai rujukan bagaimana orang Islam boleh menghadiri acara bukan Islam dengan cara yang tertib, hormat dan berpegang kepada prinsip Islam.

“Menerusi garis panduan sedang dibangunkan tersebut, orang Islam akan dapat menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib, mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah Islam.

“Garis panduan yang sedang dibangunkan itu juga adalah bersifat nasihat. Setelah ia dimuktamadkan nanti, garis panduan ini akan memandu dan merancakkan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan membina sikap saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat tanpa berasa bimbang atau salah faham daripada perspektif agama Islam.

“Ini secara langsung akan memastikan penganjuran dan penglibatan orang Islam dalam aktiviti-aktiviti tersebut tidak akan mencetuskan kontroversi atau menyentuh sensitiviti antara para penganut agama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Na’im menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain pada penghujung bulan Februari ini.

Namun, cadangan itu disangkal oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dengan Ketua Pemudanya, Woo Kah Leong mencadangkan kerajaan membatalkan pelaksanaanya dan mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung perkara tersebut.

Beliau mengulangi bahawa garis panduan itu masih dalam perundingan dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan akan dikaji semula apabila Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bermesyuarat kali ke (126) dari 25 hingga 27 Feb.

“Jawatankuasa Muzakarah MKI dipengerusikan Datuk Dr Nooh Gadot serta dianggotai mufti-mufti dan pakar-pakar akan membuat satu keputusan yang kemudiannya bakal diangkat kepada pertimbangan mesyuarat MKI dipengerusikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak,” katanya.

Related Posts

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pemegang MyKad lama kini boleh mendapatkan MyKad Generasi Baharu di semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara, bermula hari ini. Menurut soalan lazim yang disiarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia