Pemberi maklumat berniat baik perlu dilindungi – MCW

PUTRAJAYA – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) wajar diperluas dalam melindungi pemberi maklumat yang terpaksa mendedahkan maklumat kepada umum, khususnya selepas menggunakan saluran rasmi tetapi tiada tindakan diambil dalam tempoh munasabah.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, perlu ada mekanisme semakan bebas bagi menilai sama ada sesuatu pendedahan awam boleh diberikan perlindungan berdasarkan keadaan tertentu.

Menurutnya, perlindungan kepada pemberi maklumat adalah aspek kritikal dalam usaha membanteras rasuah dan penyelewengan namun pendedahan informasi perlu dilakukan dengan bertanggungjawab dalam memastikan tindakan undang-undang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“MCW bersetuju bahawa maklumat berkaitan kes rasuah dan penyelewengan perlu disalurkan kepada agensi penguatkuasaan terlebih dahulu, bukan kepada media atau media sosial. Pendedahan tidak terkawal boleh membahayakan pemberi maklumat, mengganggu siasatan, dan memberi peluang kepada suspek untuk menghapuskan bukti.

“Namun, MCW juga menyedari bahawa dalam sesetengah kes, pemberi maklumat berdepan risiko tinggi seperti ancaman keselamatan atau keengganan pihak berkuasa bertindak. Oleh itu, MCW mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap Akta 711 bagi memastikan perlindungan yang lebih efektif kepada pemberi maklumat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Jais berpandangan, agensi penguatkuasaan perlu mempertingkatkan ketelusan, kecekapan, dan keberkesanan dalam menangani laporan pemberi maklumat bagi mengelakkan keperluan pendedahan awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebuah badan pemantau bebas wajar diwujudkan bagi memastikan setiap laporan ditangani dengan serius dan tidak diabaikan.

“Pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik berdasarkan bukti kukuh harus dilindungi daripada sebarang tindakan balas, termasuk jika pendedahan dibuat kepada umum dalam keadaan tertentu.

“Pemberi maklumat dan masyarakat perlu dididik mengenai prosedur yang betul untuk membuat laporan serta hak perlindungan di bawah undang-undang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Jais berkata, pihaknya sentiasa menyokong prinsip bahawa kes rasuah harus ditangani dengan berlandaskan undang-undang dan prosedur rasmi.

“Namun, bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara, kerajaan perlu mempertimbangkan pindaan terhadap Akta 711 bagi melindungi pemberi maklumat dalam situasi yang memerlukan, tanpa mengorbankan prinsip integriti dan ketertiban siasatan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu sebelum membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pemberi maklumat perlu membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan terlebih dahulu untuk layak mendapat perlindungan berdasarkan justifikasi tertentu.

Jelasnya, beberapa cadangan dasar sedang diteliti untuk meminda Akta 711, termasuk pengenalan skala ganjaran standard dan perluasan perlindungan fizikal kepada pemberi maklumat.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertarikh 19 April 2026, susulan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC