Anggota Kabinet perlu terbuka bincang, terima pandangan isu digital

KUALA LUMPUR – Anggota Kabinet digesa mengambil pendekatan terbuka dalam membincangkan isu berkaitan pendigitalan bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin negara perlu keluar daripada kepompong pemikiran lama, biarpun belum ada sebarang keputusan berkaitan pendigitalan dimuktamadkan setakat ini.

Menurutnya, setiap anggota Kabinet perlu bersedia menerima pandangan pelbagai pihak, termasuk golongan akademik dan gabungan dewan perniagaan dalam usaha memastikan setiap isu berbangkit dapat diselesaikan sebaiknya, selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

“Pemimpin Kabinet mesti ambil sikap terbuka, mesti keluar daripada pemikiran kepompong lama. Apa segala mungkin jadikan Malaysia negara maju dan tidak ketinggalan. Cari jalan tingkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

“(Kabinet perlu) dapatkan pandangan mereka bagaimana sebagai sepasukan bekerja, cari jalan untuk tingkatkan lagi (pertumbuhan ekonomi negara). Kalau mahu jadi pemimpin berkesan, apatah lagi negara yang pelbagai rencam ini, kepentingan harus kita tengok dan menempatkan pandangan mereka (ahli akademik serta gabungan dewan perniagaan).

“Kita akan ambil serius pandangan dikemukakan semua sektor untuk menjana ekonomi yang lebih segar,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengulas peranan jawatankuasa induk, Perdana Menteri berkata, badan itu memainkan peranan penting untuk memberikan pandangan, bukan saja mengenai ketidaktentuan tetapi pemangkin bagi menggerakkan ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, perubahan sistemik perlu dibuat bagi memastikan Malaysia sentiasa berdaya saing dengan ia perlu berpandukan pemikiran pakar dan input menyeluruh daripada semua pihak.

“Setiap perubahan perlu bermula dari dalam negara, membabitkan sistem politik dan isu tadbir urus bagi memastikan pentadbiran cekap, memiliki kejelasan dan dasar tepat yang perlu dilaksanakan.

“Penyesuaian perlu walaupun mereka menyatakan ia (ketidaktentuan pasaran) akibat pengumuman terkini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Ia tak semestinya begitu. Dalam istilah ekonomi, selalu ada fasa yang mana langkah, perubahan dan teknologi perlu dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, kecerdasan buatan (AI) dan keadaan geopolitik menuntut serta mendesak pelbagai pihak membuat penyesuaian berskala besar dalam keseluruhan sistem.

“Kita bercakap mengenai pusat data dan AI, perubahan yang perlahan dalam (sektor) pendidikan, tiada kemudahan baharu di pusat kesihatan awam atau insentif baharu yang membolehkan Malaysia menjadi destinasi pelaburan lebih menarik.

“Apa yang saya cuba cadangkan adalah untuk merayu kepada semua pihak supaya memberikan yang terbaik kerana ini adalah peluang kerana jarang pemimpin politik mengambil pandangan secara terbuka dan belajar daripadanya,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan