Kerajaan bakal perkenal caruman KWSP dua peratus kepada pekerja asing

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani bakal memperkenalkan caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing dengan kadar dua peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar itu akan dikekalkan buat tempoh tertentu hingga keadaan ekonomi negara lebih baik.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan tempoh waktu yang sesuai untuk dasar tersebut dikuatkuasakan di negara ini.

“Cadangan awal adalah 12 peratus tetapi Kabinet telah mengambil pelbagai pertimbangan. Oleh itu, kami memutuskan untuk mengekalkannya pada dua peratus buat masa ini, dan kami akan menunggu sehingga keadaan bertambah baik.

“Pada ketika ini, kami akan mengekalkan kadar dua peratus dan meneruskan keputusan tersebut. Tidak ada kebimbangan mengenai kenaikan secara berperingkat. Jika tidak, kami sudah pasti meningkatkannya melebihi dua peratus tetapi itu tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Sebelum ini,  Perdana Menteri menjelaskan kerajaan akan memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Jelasnya, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warga negara untuk mencarum KWSP yang boleh dilaksanakan secara berfasa.

Terdahulu, pelaksanaan caruman wajib KWSP terhadap pekerja asing boleh menjadi mekanisme jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja dari luar.

Ketua Penyelidik DM Analytics, Dr Zouhair Rosli berkata, ia dicadangkan untuk mula dilaksanakan pada tahun 2027 dengan kadar dua peratus untuk majikan dan pekerja, secara berperingkat.

Menurutnya, banyak negara sudah melaksanakan dasar ini, baik negara-negara membangun apatah lagi negara-negara maju.

India antaranya yang mengenakan caruman 11 peratus untuk majikan dan pekerja, Thailand pada kadar sekitar lima peratus, Australia pula pada 12 peratus, Jerman pada sembilan peratus, dan Perancis antara yang tertinggi pada 18 peratus.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal