Agong hargai peranan pemimpin negara kekalkan kemakmuran ekonomi

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghargai peranan pemimpin negara dalam mengekalkan kestabilan politik yang turut menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan sosial negara.

Sultan Ibrahim turut meluahkan kesyukuran terhadap perkembangan positif ekonomi negara termasuk peningkatan prestasi ekonomi, domestik dan pelaburan negara termasuk pengukuhan nilai Ringgit dan pengurangan kadar pengangguran.

Baginda juga menyambut baik pendekatan subsidi bersasar oleh kerajaan dan berharap agar nikmat kemakmuran itu tidak hanya dirasai oleh kumpulan tertentu sahaja namun dinikmati rakyat keseluruhannya.

“Pada tahun lepas, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencapai 5.9 peratus dalam pelbagai sektor dan jumlah perdagangan negara telah melepasi angka RM2 trilion untuk tempoh 9 bulan pertama.

“Saya mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri dan kerajaan di atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan ini, saya harap ianya akan terus dipertingkatkan lagi.

“Namun, saya menggesa agar subsidi bersasar tersebut diagihkan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan yang benar-benar layak sahaja,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Seri Paduka Baginda juga menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi dan digital.

“Pengukuhan infrastruktur dan ekonomi digital, peningkatan keselamatan siber serta penggunaan teknologi terkini hendaklah dilaksanakan segera.

“Sistem perkhidmatan kerajaan juga hendaklah dinaik taraf menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan tulus. Ini bagi membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa serta budaya ‘red tape’ (birokrasi) yang menyusahkan urusan rakyat.

“Namun begitu, suka saya ingatkan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati akan tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dalam talian atau ‘scammer’ dan kecurian,” katanya.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 turut disiarkan secara langsung menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.

Berdasarkan takwim di laman sesawang rasmi Parlimen, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 18 hari turut menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu selama tujuh hari mulai esok.

Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari.

Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan lain akan berlangsung pada enam hari terakhir persidangan bermula 26 Februari ini.

Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 3 Mac depan.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak