Sanusi perlu selesai kemudahan asas negeri dahulu sebelum campur tangan urusan padi

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu menunjukkan keupayaan dalam menguruskan isu-isu asas di negeri ini terlebih dahulu yang dilihat masih belum selesai.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkara tersebut perlu diuruskan Sanusi sebelum menggesa kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa pengurusan tanaman dan industri padi kepada kerajaan negeri bagi menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan.

Menurutnya, sebelum berbicara tentang penambahan kuasa, rekod Sanusi sepanjang bergelar Menteri Besar Kedah perlu dilihat terlebih dahulu.

“Projek Mega Langkasuka di Langkawi, yang sepatutnya menjadi pemangkin kemajuan pulau tersebut dengan nilai pelaburan RM40 bilion, kini terhenti selepas pelabur utama, Bin Zayed International LLC menarik diri.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada pentadbiran beliau benar-benar mempunyai keupayaan untuk menguruskan projek berskala besar atau sekadar gah berjanji tetapi gagal menunaikan komitmen,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Dakwa Mohammed Taufiq lagi, nasib yang sama menimpa projek pembinaan litar lumba antarabangsa dan stadium di Sungai Petani, yang diumumkan dengan penuh gembar-gembur oleh kerajaan negeri tetapi kini terbengkalai.

Menurutnya, apabila dipersoalkan mengenai kegagalan projek-projek ini, Sanusi dengan mudahnya mencuci tangan dan menyatakan bahawa projek tersebut adalah inisiatif syarikat swasta dan bukan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun