JANM Sabah Juara Bola Tampar Piala Pengarah Audit Sabah

KOTA KINABALU – Pasukan bola tampar wanita Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Sabah muncul Juara edisi pertama Piala Pengarah Audit Sabah di Kompleks Sukan Likas, pada Sabtu.

Pasukan ini telah menewaskan pasukan tuan rumah dalam acara ini sekaligus menjadi juara dengan membawa pulang piala dan medal.

Manakala pasukan Jabatan Audit Sabah, Kementerian Kewangan dan Jabatan Muzium Sabah masing-masing mendapat tempat naib Johan, tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Pengurus Pasukan JANM Sabah, Lily Alom berkata, pasukan ini telah dibentuk dalam tempoh dua minggu sebelum kejohanan dan mengadakan beberapa hari latihan..

“Kejuaraan hari ini adalah hasil usaha kerja keras dan komitmen semua pemain yang bermain dengan semangat juang yang tinggi.

“Hal ini dibuktikan bahawa pasukan tuan rumah telah mengalahkan pasukan kami di dalam peringkat kumpulan dan kami tebus kekalahan pada pusingan akhir,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Likas.

Lily juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kejohanan ini.

Pada masa yang sama, juara bagi bola sepak dimenangi Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Lembaga Kemajuaan Tanah Negeri Sabah sebagai naib johan.

Pertandingan ini merupakan anjuran sulung bagi Kejohanan Bola Sepak dan Bola Tampar 8 Penjuru Piala Pengarah Audit Sabah tahun ini.

Antara objektif kejohanan ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan strategi dalam kalangan pemain, menyediakan platform untuk komuniti berinteraksi dan beraktiviti secara sihat serta mencungkil bakat.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun