Program Jaringan Kerjasama Belia bantu belia fahami keadaan, santuni mangsa banjir

LAHAD DATU – Penganjuran Program Jaringan Kerjasama Belia merupakan antara misi bagi memastikan belia di Sabah turun padang memahami keadaan masyarakat sekaligus menyantuni mangsa terjejas banjir.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Datuk Mansur Asun berkata, program anjuran Kementeriannya dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS) dan Badan-Badan Gabungan Kelab Belia itu bermula sejak Jumaat.

“Hari ini kita (KBSS) bersama belia Lahad Datu dan kita hadir menunjukkan komitmen kita, lebih kepada isi hati para belia dengan membawa ahli-ahli kelab belia turut bersama-sama memberi sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir.

“Ini juga lebih kepada sentuhan kasih belia di mana kita sedaya upaya menyantuni masyarakat di kawasan-kawasan terlibat.

“Semoga yang terjejas banjir dapat diringankan beban mereka dan Kerajaan Negeri ini amat prihatin serta berharap mereka bersabar akan musibah ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 41 Ketua Isi Rumah (KIR) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu, di sini, pada Ahad.

Terdahulu, program berkenaan bermula di Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Tongod, Beluran, Telupid dan Kinabatangan.

Menurut Mansur, program ini akan diteruskan ke kawasan lain di Sabah khususnya di kawasan yang terjejas banjir.

“Bantuan ini bergantung kepada jumlah KIR terjejas, tidak semua tempat kita pergi tapi lebih kepada daerah-daerah yang benar terjejas banjir.

“Ada beberapa tempat lagi dan bila kita balik, kita akan lihat keadaan dimana keperluan dan kami ini lebih kepada membantu kerajaan,” ujarnya.

Related Posts

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

TAIPING – Program Hari Potensi Alpha Gen Talent dan Hari Kemahiran KEMAS Negeri Perak menjadi medan penting untuk mencungkil bakat serta mengembangkan potensi generasi muda dalam pelbagai bidang, termasuk sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

NIAH – Regatta Subis@Niah 2026 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September ini dengan pelbagai aktiviti menarik di Tebingan Niah dan Dewan Terbuka Sepupok. Penganjuran acara tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah