Hujah tolong Palestin, abai rakyat sendiri kurang cerdik – Kamil Munim

PUTRAJAYA – Hujah seorang bekas menteri yang berpandangan bahawa menolong saudara seIslam di Palestin seolah-olah mengabaikan kebajikan rakyat sendiri dilihat sebagai kurang cerdik dan mencerminkan gejala kejahilan moral yang membimbangkan, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Muhammad Kamil Abdul Munim, bagaimanapun turut menyanggah pandangan dangkal tersebut yang mendakwa Malaysia perlu lebih mengutamakan rakyat sendiri berbanding nasib rakyat Palestin yang beribu batu jauh daripada tanah air. 

“Justeru, adakah kita hanya perlu bersuara dan berjuang untuk keadilan jika ia berlaku dalam lingkungan sempadan negara sahaja? 

“Jika itu logiknya, maka kita tidak sepatutnya mengutuk keras kezaliman apartheid di Afrika Selatan dahulu. Jika itu hujahnya, maka kita juga tidak perlu menghantar bantuan kemanusiaan ke Bosnia semasa pembantaian yang amat dahsyat di Srebrenica,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas Kamil, sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah menjadi sekadar penonton kepada sejarah malah turun sama ke gelanggang menyusun sejarah.

“Ketika dunia membisu dalam tragedi Bosnia, Malaysia tidak hanya sekadar bersolidariti jauh dari hiruk pikuk kemelut. Malah, Malaysia turut menghantar pasukan pengaman, memberi bantuan ketenteraan kepada Bosnia dan menyumbang secara signifikan untuk membela rakyat yang dizalimi dan tertindas. 

“Jika pada ketika itu kita mampu bertindak dan punyai sikap keprihatinan yang tinggi, lantas mengapa sekarang kita perlu ‘menjaga tepi kain sendiri’ dan mengabaikan tuntutan keadilan buat rakyat Palestin?,” soalnya.

Kamil turut menyifatkan alasan sesetengah pihak yang bersuara sumbang menyatakan bahawa ‘kita perlu utamakan rakyat Malaysia terlebih dahulu’ sebagai satu hujah yang sangat malas.

“Sejak bila menonjolkan kepedulian kepada Palestin bermakna kita menggadai dan mengabaikan kepentingan dan kebajikan rakyat sendiri? Adakah keupayaan untuk punyai sikap ihsan terbatas pada rakyat sendiri sahaja? 

“Justeru, mesti ditegaskan bahawa Malaysia tidak boleh dan tidak akan menjadi penonton dalam sejarah. Kita telah lama menentang segala bentuk kezaliman dan penindasan, dan kita tidak akan berhenti hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa ‘terlalu jauh’ untuk peduli,” katanya.

  • Related Posts

    PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

    PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

    KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

    RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

    PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

    PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

    Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

    Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

    LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

    • By Fandi
    • August 17, 2026
    LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

    RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

    RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

    MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

    MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok