Malaysia sedia bantu Timor-Leste jadi ahli ASEAN

MALAYSIA sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste menyertai perjanjian ekonomi ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ASEAN menantikan kesediaan dari Timor-Leste menyertai perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.

Tengku Zafrul menjelaskan, Malaysia sedang gigih berusaha bersama-sama dengan negara anggota ASEAN lain untuk memastikan semua proses dan pertimbangan diperlukan dapat dimuktamadkan.

Ketika Malaysia terus mengukuhkan penglibatannya dengan Timor-Leste, beliau berkata, negara bersedia menawarkan sokongan melalui saluran diplomatik, ekonomi dan perdagangan.

“Melalui penyepaduan Timor-Leste ke dalam ASEAN, Malaysia berharap pertumbuhan ekonomi serantau dapat diperkukuh secara inklusif dan mampan dan ASEAN akan terus makmur dan akhirnya menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030,” katanya dalam satu majlis di Timor-Leste, malam tadi.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian itu bukan saja menandakan kerjasama antara kedua-dua syarikat, tetapi juga mencerminkan kerjasama serantau yang lebih meluas antara Malaysia, Timor-Leste dan rantau ASEAN.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar