Bimbang pesawah kejar harga daripada tingkatkan pengeluaran padi

KEBIMBANGAN wujud pesawah yang hanya mengejar harga berbanding meningkatkan pengeluaran hasil padi boleh berlaku sekiranya harga lantai tanaman itu dinaikkan.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia boleh berlaku kepada pesawah yang mengambil kesempatan dan cepat berpuas hati jika belian lantai padi dinaikkan daripada RM1,300 menjadi RM1,800 satu tan.

Jelasnya, ketika ini ramai pesawah sekadar dapat menghasilkan sekitar empat tan padi bagi setiap hektar, dengan ada hanya dua tan padi sahaja bagi keluasan sama.

“Ada pula cuma hasilkan dua tan padi saja sebab mereka kejar harga.

“Apabila kilang beli harga RM1,800, mereka kata tak buat sungguh-sungguh pun tak apa kerana harganya tinggi sedangkan jumlah itu tak berbaloi untuk sehektar sawah, ada orang lain dapat hasilkan antara tujuh hingga 12 tan,” katanya.

Mahfuz menegaskan, pengeluaran hasil padi yang banyak akan menyumbang kepada pertambahan pendapatan pesawah.

“Hakikatnya, kerajaan tidak pernah turunkan harga padi, sebaliknya telah menetapkan harga lantai lebih tinggi daripada RM1,200 kepada RM1,300 sekarang, yang beli sampai RM1,800 sebelum ini adalah pihak kilang,” kata Naib Presiden Amanah itu, lapor Utusan Online.

Terbaharu, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah) mendesak kerajaan menaikkan subsidi satu tan padi kepada RM1,000 berbanding RM500, bagi mewujudkan situasi menang-menang petani, pengilang, dan pengguna.

Katanya, kenaikan itu penting bagi meringankan beban pesawah yang terkesan berikutan peningkatan kos operasi selagi kerajaan keberatan meningkatkan harga beras di pasaran.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar