Ketibaan pelancong dirai sempena sambutan Tahun Baharu Cina di KKIA

KOTA KINABALU – Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menerima ketibaan daripada hampir 1,200 pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah pada hari ini.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar berkata, sambutan yang diadakan oleh Tourism Malaysia itu menghimpunkan beberapa acara simbolik dalam perayaan Tahun Baru Cina yang dipersembahkan kepada para pelancong sempena meraihkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Hari ini kami berbesar hati untuk berkongsi pengalaman menyambut Tahun Baharu Cina di KKIA, jadi sewaktu sambutan berlangsung Tourism Malaysia bersama-sama tetamu kehormat telah menyampaikan buah limau dan cenderamata kepada para pelancong di pintu ketibaan domestik dan antarabangsa.

“Untuk setakat dari pagi sambutan ini berlangsung, kami telah menerima hampir 1,200 ketibaan pelancong yang menyambut baik acara yang disediakan dan hari ini kami menjangkakan penerbangan yang akan tiba di Kota Kinabalu adalah seramai 5,039 orang.

“Acara kemuncak sambutan diteruskan dengan upacara menggaul Yee Sang iaitu hidangan tradisi Cina yang menjadi simbolik kepada kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan kemakmuran,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di Majlis Keraian Sambutan Tahun Baru Cina 2025, di KKIA, disini, pada Rabu.

Turut hadir, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Jefry Ramli, Pengurus Pemasaran Sabah Tourism Board, Bobby Alex @ William, wakil-wakil syarikat-syarikat penerbangan dan agensi berkaitan.

Menurut Haryanty, selain di KKIA, tiga lagi sambutan meraikan para pelancong turut diadakan seretak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

“Selain daripada itu, kami juga mempersembahkan tarian kebudayaan dan juga tarian singa sebagai salah satu budaya ataupun ‘culture’ yang masih dipraktikkan di Malaysia yang juga membawa kepada kepelbagaian budaya,” tambahnya.

Untuk rekod, pada tahun 2024, Malaysia telah mencatatkan ketibaan seramai 38 juta pelawat dengan peningkatan sebanyak 31.1 peratus berbanding pada tahun 2023 dan pendapatan pelancongan yang diraih pada 2024 pula melonjak kepada RM102.2 bilion bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus.

China merupakan salah satu penyumbang pasaran terbesar untuk ketibaan pelawat antarabangsa ke Malaysia dengan pengecualian visa selama 30 hari di bawah Pelan Liberalisasi Visa bermula Disember 2023 dimana ketibaan dari China menyaksikan lonjakan hampir 3,000 peratus dengan merekodkan seramai 4.1 juta pelawat.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak