Sambut Tahun Baharu Cina dengan semangat kebersamaan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia untuk menjadikan Tahun Baharu China yang disambut hari ini, sebagai titik permulaan baharu dalam memperkukuh semangat kebersamaan.

Dalam ucapannya sempena perayaan itu, Perdana Menteri turut menekankan mengenai falsafah Confucius yang menyatakan betapa keharmonian menjamin kekuatan dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina.

Katanya, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan (sistem) yang madani.

“Ia menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Justeru… jadikan Tahun Baharu ini sebagai satu titik permulaan yang baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

“Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut kali ini adalah Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan dan pembaharuan.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka