Zahid ucap Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan keunikan tersendiri apabila menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina 2025 dalam bahasa Mandarin selain bahasa Melayu.

Beliau berkata, perayaan kali ini diharap dapat menjadi detik bermakna buat masyarakat agar terus memupuk nilai saling hormati-menghormati antara satu sama lain dalam membina negara makmur dan harmoni.

“Saya kaum Melayu, anda kaum Cina, tetapi kita semua rakyat Malaysia.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025 buat semua khususnya kepada yang meraikannya. Gong Xi Fa Cai,“ katanya menerusi hantaran video berdurasi 21 saat di Facebook.

Dimaklumkan suara Ahmad Zahid bertutur dalam bahasa Mandarin itu adalah tulen dan bukannya disunting menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI), malah ia disahkan oleh pasukan media menteri berkenaan.

Dalam masa sama, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berpandangan, kepelbagaian budaya dan tradisi adalah kekuatan serta lambang kebanggaan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni.

“Marilah kita bersama-sama meraikan semangat perpaduan, menanamkan nilai saling hormat-menghormati dan menjadikan Tahun Baharu Cina ini detik penuh makna dalam perjalanan membina Malaysia yang lebih sejahtera,“ ujarnya.

Related Posts

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menilai semula kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekiranya jumlah penumpang menunjukkan peningkatan sepanjang bulan pertama operasi. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Pemuda PBB minta Putrajaya, SPR segerakan kelulusan 17 kerusi DUN Sarawak

Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur