Cheah tekad bangunkan Serkat sebagai destinasi pelancongan, perkasa infrastruktur

KUKUP – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Kukup, Cheah Chee Hong menzahirkan komitmen untuk membangunkan kawasan Serkat sebagai destinasi pelancongan yang lebih berdaya saing, di samping meningkatkan kemudahan asas serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan di Pekan Serkat yang turut dihadiri Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abd Hamid, Pengerusi Sekretariat Kaseh MADANI, Datin Faizah Ariffin, serta Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan.

Menurut Cheah, Serkat mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai destinasi pelancongan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung sekali gus merancakkan ekonomi setempat melalui sektor pelancongan, perniagaan kecil dan perusahaan komuniti.

“Serkat mempunyai keunikan serta keindahan tersendiri yang perlu diketengahkan. Dengan perancangan yang baik dan pembangunan yang teratur, kawasan ini mampu menjadi antara destinasi pelancongan pilihan di Johor, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Cheah turut menegaskan bahawa aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya perlu diberikan perhatian segera melalui penambahbaikan kemudahan asas, khususnya pemasangan lampu jalan di sepanjang laluan menghala ke Kukup.

Beliau berkata, kemudahan tersebut amat penting bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya terutama pada waktu malam, selain mengurangkan risiko kemalangan di kawasan berkenaan.

“Rakyat berhak menikmati kemudahan asas yang sempurna. Pemasangan lampu jalan bukan sahaja memberikan keselesaan, malah mampu meningkatkan tahap keselamatan kepada semua pengguna jalan raya,” ujarnya.

Selain pembangunan fizikal, Cheah turut memberi penekanan kepada usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya untuk golongan belia di Kukup dan Serkat.

Beliau berkata, ramai anak muda terpaksa keluar bekerja jauh, malah ada yang berulang-alik ke negara jiran seawal pagi kerana kekurangan peluang pekerjaan berhampiran tempat tinggal mereka.

“Kita mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti supaya anak-anak muda dapat terus berbakti di kampung halaman sendiri, berada bersama keluarga dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan ekonomi, penyediaan infrastruktur berkualiti serta peluang pekerjaan yang mencukupi merupakan antara keutamaan yang akan terus diperjuangkan demi memastikan Kukup dan Serkat berkembang sebagai kawasan yang lebih maju, selamat dan sejahtera untuk seluruh rakyat.

Related Posts

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GST: Pembangkang perlu kemuka idea bernas, bukan sekadar kritik kerajaan – Penganalisis

PEMBANGKANG yang mengkritik kerajaan berhubung cadangan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu mengemukakan idea serta dasar alternatif yang bernas, bukannya sekadar mendesak tanpa menawarkan penyelesaian, kata penganalisis politik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari