Wanita di Johor boleh buat pemeriksaan kanser percuma

JOHOR BAHRU – Menyedari golongan tulang belakang sesebuah keluarga sering berisiko terhadap penyakit berkaitan wanita, Kerajaan Johor terus komited dalam memberikan perkhidmatan berbentuk pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Melalui Program Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) Johor, seramai 5,600 wanita di bawah 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) disasarkan pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, bagi tahun ini, Kerajaan Johor memperuntukkan RM300,000 kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) untuk dimanfaatkan kepada mereka yang berminat.

“WCaRe Johor telah memberi manfaat kepada 8,002 wanita di negeri ini, melibatkan yuran pendaftaran dan pemeriksaan klinikal tajaan Kerajaan Negeri bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu.

“Program ini merupakan langkah proaktif dalam memastikan tiada wanita tercicir daripada menjalani saringan kanser serviks dan payudara serta menggalakkan pemeriksaan secara berkala,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 di Kompleks Penyayang Kempas, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon; Pengarah LPPKN Johor, Dr Salmi Jalina Jalil dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Pathmanathan R. Nalasamy,

Dalam masa sama tambah Khairin-Nisa, pelaksanaan inisiatif Kerajaan Negeri turut menawarkan pembiayaan rawatan susulan ‘Liquid Based Cytology’ (LBC) kepada 200 peserta wanita terawal sekiranya keputusan saringan awal ujian ‘Human Papillomavirus’ (HPV) DNA menunjukkan keputusan abnormal.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma