Rumah dinaiki air, 39 orang dipindahkan ke PPS

TAIPING – Hujan lebat berterusan lebih sejam, mengakibatkan beberapa rumah di Kampung Simpang Halt, di dalam Daerah Larut, Matang dan Selama, di sini dinaiki air.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Taiping dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, ekoran itu, seramai 39 orang mangsa daripada 14 keluarga di tempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada awal pagi Sabtu susulan banjir yang melanda.

Ujarnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10 malam tadi dan anggota APM Taiping bertindak membantu dalam pemindahan mangsa.

“Terdapat juga mangsa yang sudah berpindah sendiri ke lokasi lebih selamat.

“Susulan kejadian itu, PPS dibuka di Dewan Orang Ramai (DOR) Simpang Halt pada jam 7 pagi hari ini.

“Seramai 39 orang melibatkan 14 keluarga ditempatkan di PPS tersebut,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan dua sungai di negeri ini masing-masing berada pada aras waspada dan amaran.

Aras air di Sungai Rui, Hulu Perak merekodkan bacaan 165.4 meter berada di aras waspada manakala aras air di Sungai Bidor, Changkat Jong pada bacaan 3.22 meter pada aras amaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia juga meramalkan cuaca di negeri ini akan hujan pada sebelah petang dan malam di semua daerah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula