Israel arah UNRWA henti operasi

BAITULMAQDIS – Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) diarah menghentikan operasi dan meninggalkan semua premisnya di Baitulmaqdis menjelang 30 Januari ini, menurut duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Meskipun mendapat bantahan antarabangsa, ahli Parlimen Israel sudah meluluskan undang-undang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan Baitulmaqdis Timur, kawasan bandar yang diambil alih Israel selepas Perang Enam Hari pada 1967.

UNRWA berdepan kritikan dari Israel termasuk dakwaan kakitangannya terbabit dalam serangan maut oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

Menerusi surat diberikan Duta Israel, Danny Danon kepada Ketua PBB, Antonio Guterres, UNRWA diarah menghentikan operasinya di Baitulmaqdis dan mengosongkan semua premis tempat ia beroperasi di bandar itu selewat-lewatnya 30 Januari ini.

UNRWA dianggap tulang belakang operasi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Ia menyediakan bantuan kepada kira-kira enam juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Jordan dan Syria.

Baitulmaqdis Timur sudah lama menjadi pusat pentadbiran agensi itu, selain mengendalikan sekolah serta klinik kesihatan di kawasan berkenaan.

Israel turut meluluskan undang-undang melarang pegawainya berkomunikasi dengan UNRWA, namun Parlimen negara itu tidak mengharamkan agensi terbabit daripada beroperasi di Gaza atau Tebing Barat yang diduduki.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills