Cuepacs sokong pembatalan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan, penubuhan jawatankuasa khas

KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memberikan sokongan penuh atas keputusan kerajaan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB).

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan bagi memastikan inisiatif yang diambil bakal memberikan kebaikan yang menyeluruh kepada semua pihak.

“Cuepacs menyokong penuh keputusan kerajaan untuk membatalkan projek rintis WBB dan mengalihkannya kepada kajian yang lebih mendalam.

“Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan sistem waktu bekerja yang diperkenalkan memberi manfaat menyeluruh kepada pekerja dan tidak menjejaskan keberkesanan penyampaian perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Sabtu.

Pada Jumaat, Jemaah Menteri memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira segala pertimbangan.

Dalam pada itu, Adnan turut memuji langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan jawatankuasa khas untuk membuat semakan lebih mendalam bagi melihat sama ada inisiatif ini sesuai atau tidak untuk dilaksanakan.

“Kami memuji langkah KKM untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam.

“Cuepacs percaya bahawa penubuhan jawatankuasa ini adalah platform terbaik untuk memastikan semua aspek, termasuk kebajikan pekerja dan keberkesanan perkhidmatan, diambil kira.

“Kerjasama dan penglibatan semua pihak berkepentingan, termasuk kesatuan sekerja, adalah penting bagi menjamin hasil yang terbaik,” katanya.

Tambahnya, peranan Cuepacs juga akan terus diperkasakan dalam memberikan kerjasama dengan pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terjaga.

“Cuepacs juga komited untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan waktu bekerja yang dilaksanakan kelak adalah adil, selamat, dan berdaya maju untuk semua.

“Kami yakin keputusan ini adalah langkah tepat untuk memperkasakan sektor awam serta melindungi kebajikan penjawat awam di seluruh negara,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa agar KKM menarik balik pekeliling cadangan pelaksanaan WBB, iaitu sistem syif baharu untuk pekerja penjagaan kesihatan awam negara.

Memetik kenyataan HDK, pihak itu menegaskan, pekeliling WBB harus ditarik balik serta-merta bagi mengelak kemerosotan moral dan kebajikan petugas kesihatan.

Selain itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan WBB yang didakwa akan memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja sedia ada serta menyebabkan doktor dibebani tugas berlebihan, sekali gus menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

Pada Khamis, MMA mengadakan pertemuan dengan Dr Dzulkefly dan pegawai kementerian untuk membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan serta penjagaan kesihatan awam.

Presiden MMA, Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira dipetik berkata, antara isu yang dibincangkan adalah dasar WBB yang didakwa menyebabkan kekeliruan serta ‘ketegangan’ dalam kalangan doktor dan kumpulan doktor muda sepanjang minggu lalu.

Related Posts

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa