Sarawak mahu jadi destinasi utama pembangunan lestari – Abang Johari

KUCHING – Sarawak berhasrat mahu menjadi destinasi utama dalam pembangunan lestari yang menekankan faktor Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG).

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, amalan mesra alam menjadi keperluan utama dalam memastikan daya tahan perniagaan dalam menghadapi era ekonomi hijau.

“Industri mesti mengamalkan amalan rendah karbon dan teknologi sifar sisa untuk membuka peluang ekonomi dalam jangka masa panjang,” kata beliau.

Tambah beliau, dasar progresif dan sokongan daripada pelbagai pihak, Sarawak kini berada di barisan hadapan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak Ke-11 (PSEA) 2023/2024 pada Rabu Malam.

Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak akan terus komited dalam menyediakan keperluan yang diperlukan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

“Susulan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 yang diluluskan pada November lalu,” ujar beliau.

Tambah beliau, RUU ini juga menandakan langkah Sarawak ke arah autonomi yang lebih besar. 

Related Posts

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras selepas merampas barangan tidak berkastam bernilai RM2.52 juta dalam tiga serbuan berasingan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang