Murid 12 tahun maut, nahas dua kenderaan di LPT

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut manakala lima ahli keluarganya parah dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dengan lori treler di Kilometer (KM)164.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Timur pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, Muhammad Al Amin Mohd Adli, 12, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Meranti, Puchong, Selangor, beralamat di Taman Saujana Puchong, Selangor, sedang dalam perjalanan bersama keluarganya ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai, berkata, siasatan awal mendapati MPV dinaiki sebuah keluarga dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, MPV dinaiki keluarga itu merempuh bahagian belakang lori treler berhenti di lorong kecemasan kerana tayar belakangnya mengalami kerosakan.

“Siasatan awal mendapati lori treler tersebut telah berhenti di lorong kecemasan dengan kon amaran diletakkan di bahagian belakang sebagai langkah keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, Muhammad Al Amin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima ahli keluarganya yang parah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan lanjut.

“Pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa telah dibawa ke HOSHAS untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian