Perketat sistem pentadbiran, Selangor perangi penipuan pindah milik tanah

KERAJAAN Negeri Selangor mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan sistem pentadbiran tanah berikutan kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah oleh penjawat awam yang didedahkan polis, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri mengalami kerugian besar selama bertahun-tahun akibat eksploitasi sistem pengurusan tanah, sebelum peralihan kepada sistem e-Tanah yang dijamin selamat.

Sambil menyifatkan pendedahan dan penangkapan beberapa individu termasuk penjawat awam negeri ini sebagai “satu permulaan”, beliau berkata, ia menjadikan Kerajaan Negeri memperbaiki serta meningkatkan modus operandi berkaitan pemilikan tanah di negeri itu.

“Kerajaan Negeri mengalami kerugian besar, terutamanya disebabkan tuntutan tanah bertindih yang memaksa kita menggantikan tanah dan membayar pampasan kepada pihak terjejas.

“Sebahagian daripada tanah ini terlibat dalam perniagaan, dan isu perlu ditangani. Ini hanyalah permulaan, dan kita mesti mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan,” katanya dipetik Selangorkini.

Amirudin turut mendedahkan pihak tertentu mengambil kesempatan semasa peralihan kepada sistem e-Tanah, dengan memanipulasi rekod untuk memasukkan nama dan pemilikan tidak wujud.

“Dengan adanya sistem e-Tanah sekarang, kawalan kita jauh lebih ketat,” katanya yang menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjalankan siasatan menyeluruh.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 17 individu ditahan dalam tangkapan berasingan sejak September tahun lalu berikutan disyaki terbabit kartel pindah milik tanah.

Tujuh kes sedang disiasat setakat ini yang membabitkan tanah seluas 21 ekar atau lebih 9.4 hektar dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM7.1 juta.

Pada 10 Januari lalu, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkata kesemua yang ditahan berusia 33 hingga 57 tahun, dan sedang mengesan individu lain disyaki terlibat.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital