Memperkasa TVET antara agenda pembangunan negeri Perak 2025

IPOH – Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara kompenan utama dalam agenda pembangunan negeri Perak pada tahun 2025 ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dan memacu usaha dalam memperkasakan TVET disamping membudayakan teknologi dan inovasi.

Ujarnya, melalui TVET bukan sekadar mencipta pekerja mahir, sebaliknya ia juga medan dalam melahirkan inovator, pemimpin, dan usahawan yang menjadi pemacu perubahan teknologi serta ekonomi.

“Dengan ekosistem pendidikan teknikal menyeluruh, Perak sedang melangkah ke hadapan untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan TVET.

“Bukan hanya untuk keperluan tempatan, tetapi juga sebagai rujukan nasional.

“Atas kepercayaan itu, Kerajaan Negeri Perak bertekad menjadikan negeri ini sebagai Koridor TVET Negara,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Executive Talk Dan Perutusan Tahun Baru 2025 Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, dekat sini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat serta lebih 700 penjawat awam negeri dan Persekutuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan di negeri ini menjadi platform penting untuk graduan TVET di Perak mempamerkan kebolehan dan kemampuan mereka.

“Antara projek tersebut termasuklah Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan Silver Valley Technology Park (SVTP),”jelasnya.

Justeru itu, tambah beliau, kerajaan negeri bakal melaksanakan Program Jelajah TVET pada tahun ini.

Pada masa sama, kerajaan negeri juga akan memberi perhatian kepada usaha membudayakan teknologi dan inovasi dalam pelbagai sektor.

“Jelajah tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda bahawa TVET bukan pilihan kelas kedua, sebaliknya ia adalah laluan utama untuk masa depan yang cerah.

“Dalam masa sama, kerajaan negeri juga mengalu dan menggalakkan kerjasama. A antara sektor awam dan swasta bagi memanfaatkan teknologi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan,”katanya.

Tambah Saarani, Perak harus dikenali sebagai negeri yang bukan sahaja indah, tetapi juga maju dari segi inovasi dan kecanggihan teknologinya.

“Teknologi bukan sekadar alat tetapi pemacu perubahan. Kita mahu teknologi ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat termasuk di kawasan luar bandar,”ujarnya.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK