Angin Santa Ana cetus siri kebakaran hutan baharu

LOS ANGELES – Satu kebakaran hutan baharu meletus di utara Los Angeles sejak Rabu, merebak dengan pantas memaksa puluhan ribu orang meninggalkan kediaman mereka.

Arahan pemindahan juga dikeluarkan kepada 31,000 orang di sekitar tasik, yang terletak kira-kira 56 kilometer di utara Los Angeles dan berhampiran bandar Santa Clarita.

Api yang ‘ganas’ bermula di lereng bukit berhampiran Tasik Castaic, merebak dengan pantas sehingga meliputi lebih dari 3,200 hektar dalam masa hanya beberapa jam.

Kebakaran itu dibawa angin kering Santa Ana, membawa kepulan asap tebal dan bara api berbahaya yang menimbulkan kebimbangan bahawa ia boleh merebak lebih jauh.

“Saya hanya berdoa agar rumah kami tidak terbakar,” kata seorang lelaki kepada penyiar KTLA.

Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles sedang pulih daripada dua kebakaran besar yang mengorbankan lebih 24 orang dan memusnahkan ribuan bangunan.

Robert Jensen, dari Jabatan Syerif Daerah Los Angeles menggesa semua orang di kawasan terjejas untuk segera meninggalkan kawasan tersebut.

“Kami telah melihat kemusnahan akibat orang yang gagal mematuhi arahan pemindahan dalam kebakaran Palisades dan Eaton.

“Saya tidak mahu perkara itu berlaku di komuniti kita. Jika anda menerima arahan pemindahan, sila tinggalkan kawasan itu.”

Rakaman televisyen menunjukkan polis memandu di sekitar kawasan kejiranan untuk menggesa orang ramai berpindah.

Syerif Daerah Los Angeles, Robert Luna, berkata Pusat Tahanan Pitchess di Castaic berada di bawah arahan pemindahan, dan kira-kira 500 banduan sedang dipindahkan ke fasiliti berdekatan.

Beliau memberitahu penyiar KCAL9 bahawa kira-kira 4,600 banduan yang ditahan di penjara lain di kawasan itu masih berada di tempat perlindungan, tetapi bas telah disediakan sekiranya keadaan berubah dan mereka perlu dipindahkan.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM