Tol percuma musim perayaan secara bersasar sedang diperinci

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Perdana Menteri berkata, langkah ini selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.

“Ada pihak mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.

“Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain.

“Perkara ini sedang diperincikan. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar penutup sempena lawatan kerja ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di Davos, Switzerland.

Sebelum ini, Nanta dilaporkan berkata, tahun 2024 adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan dan mesyuarat Kabinet tahun lalu memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar, yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

KOTA BHARU – Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, dan juruterbang helikopter BO 105S, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, yang maut dalam nahas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber