Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir tahniah kepada pelajar Orang Asli Permatang Keledang

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan robotik Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pekan yang cemerlang dalam pertandingan ’26th International Robot Olympiad’ di Busan, Korea Selatan.

Baginda berdua gembira dengan kejayaan luar biasa Fizrey Rovince Ronachai, 12; Hafiezie Azwanizizi, 12 dan Matthew Jambai Karong, 11, yang berketurunan Orang Asli suku kaum Jakun dari Kampung Permatang Keledang.

“Pasukan SK Permatang Keledang menewaskan 53 peserta dari seluruh dunia dengan meraih emas dalam kategori Robotik Inovasi Sekolah Rendah (10-13 tahun).

“Baginda berdua turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah, guru terbabit serta semua pihak yang memberi sokongan begitu baik sehingga pasukan ini berjaya mencipta kejayaan membanggakan.

“Baginda berdua berharap pencapaian gemilang ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar dan guru lain untuk terus berinovasi, memberikan komitmen dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan,” menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berbangga dan memuji kejayaan raih tiga murid berkenaan.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada tiga murid Orang Asli SK Permatang Keledang atas kejayaan membawa pulang pingat emas dalam kategori Robotik Inovasi Sekolah Rendah di Busan.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak dalam kalangan masyarakat Orang Asli mempunyai potensi besar untuk berjaya jika mempunyai keazaman tinggi, sekali gus membuktikan bahawa anak Pahang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berinovasi dan mengharumkan nama negeri serta negara.

“Syabas kepada murid-murid, guru-guru dan seluruh warga sekolah. Kami bangga dengan anda,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit