SPRM tahan pengurus FELDA seleweng peruntukan lebih RM10,000

SEORANG pengurus rancangan FELDA di Kulai, Johor, ditahan kerana disyaki menyeleweng peruntukan melebihi RM10,000 dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri, semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam tadi di pejabat SPRM Johor.

“Penahanan suspek dibuat kerana menyalah guna kuasa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) bagi menyeleweng peruntukan melebihi RM10,000 dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri,” kata sumber berkenaan, hari ini.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan penahanan terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar