Jimmy Puah persoal kenaikan caj perkhidmatan restoran ketika Tahun Baharu Cina

JOHOR BAHRU – Kenaikan caj perkhidmatan dikenakan oleh sebuah restoran kopitiam pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini dilihat suatu yang tidak munasabah.

Ahli Parlimen Pulai, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kenaikan daripada 10 peratus kepada 15 peratus selama dua hari pada tempoh perayaan itu adalah perkara yang membimbangkan.

“Adakah ini munasabah dan sah di bawah undang-undang? Sedangkan pekerja adalah warga asing.

“Mungkin selepas ini akan ada kenaikan pada setiap musim perayaan,” katanya sambil memuat naik gambar notis kenaikan caj berkenaan di Facebook milik beliau.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PKR Johor turut menyeru pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk menyiasat perkara ini.

Dalam hantaran tersebut, sebuah restoran kopitiam terkenal mengeluarkan notis bahawa berlaku kenaikan caj perkhidmatan daripada 10 peratus kepada 15 peratus untuk tempoh dua hari bermula 29 dan 30 Januari nanti iaitu di sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Related Posts

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

AYER KEROH – Kerajaan MADANI menolak sebarang desakan untuk mengawal stesen penyiaran dan agensi media sebaliknya komited mengekalkan kebebasan laporan berteraskan adab dan tertib. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

AYER KEROH – PKR tidak boleh menganggap keresahan yang wujud dalam kalangan masyarakat sebagai sentimen yang sengaja dicipta pihak tertentu, sebaliknya perlu memahami puncanya dan menawarkan penyelesaian bagi mendapatkan semula…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa