Polis Tawau cekup semula pemandu selepas lima jam larikan diri dari hospital

TAWAU – Tindakan pantas polis berjaya menahan pemandu kenderaan kira-kira lima jam selepas menerima laporan mengenai kehilangan suspek yang melarikan diri dari hospital Tawau semasa mendapatkan rawatan akibat kemalangan jalan raya, pada Ahad. 

Suspek lelaki berumur 22 tahun berkenaan dicekup sepasukan polis dari

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Kampung Vietnam, Tanjung Batu pukul 7 pada malam hari yang sama. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebelum itu, pihaknya pada pukul 2 petang menerima satu laporan polis dari Penolong Pegawai Perubatan memaklumkan pemandu motokar yang terlibat kemalangan di Jalan Mawar, Kampung Jawa telah melarikan diri semasa proses rawatan dijalankan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pukul 4.40 pagi semasa suspek tanpa keterangan diri itu memandu motokar Gen 2 bersama tiga remaja perempuan berumur antara 14 hingga 16 tahun dari arah bandar Tawau menuju ke Hill Top. 

“Setibanya di kawasan kejadian, pemandu motokar dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum pasukan bomba mengeluarkan mangsa terlibat dan menghantar kesemua mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Sek.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September