Jurulatih selam rugi RM304,422 terpedaya pelaburan tidak wujud

IPOH – Angkara terpedaya dengan pelaburan tidak wujud di laman Facebook, seorang wanita yang juga jurulatih selam, rugi RM304,422 dalam kejadian pada September tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, Polis Daerah Ipoh menerima laporan daripada mangsa pada Jumaat.

Ujarnya, pada 11 September tahun lalu, wanita berusia 32 tahun itu telah melayari laman Facebook ketika berada di rumah.

“Lalu dia (mangsa) berminat dengan satu iklan pelaburan membeli dan menjual saham.

“Mangsa menekan pautan yang diberikan oleh seorang wanita (suspek) lalu dimasukkan ke dalam group WhatsApp serta diminta supaya memuat turun aplikasi dalam talian.

“Mangsa telah membuat 14 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM304,422,”katanya.

Mengulas lanjut, ujar beliau, siasatan awal mendapati pada 15 November lalu, terdapat pulangan sebanyak RM7,960 yang dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa.

Namun, apabila mangsa menghubungi suspek untuk mendapatkan pulangan bagi transaksi lain, suspek telah gagal dihubungi.

“Semakan mangsa di beberapa laman sesawang mendapati pelaburan itu tidak wujud.

“Mangsa mendakwa sumber kewangan yang digunakan olehnya bagi tujuan itu adalah hasil simpanan dan pinjaman dari ahli keluarga serta rakan-rakan,” katanya.

Justeru, Zulkafli menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mempersoal kebenaran maklumat yang diberikan untuk skim pelaburan.

Tambahnya, ungkapan ‘jaminan’, ‘pulangan tinggi dengan sedikit risiko atau tiada risiko’, seminar atau nasihat percuma, kebanyakannya adalah penipuan.

“Walaupun sudah banyak pendedahan dan program kesedaran tentang penipuan dalam talian, namun masih ada yang terpedaya dengan kerugian begitu banyak,” ujarnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit