Program ‘Smart Parenting’ persiap ibu bapa, guru jadi mentor digital efektif

KOTA BELUD – Program ‘Smart Parenting’ dengan tema ‘Ibu Bapa Celik Siber’ antara langkah penting menyediakan ibu bapa serta guru tentang ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi mentor digital yang efektif.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus berkata, kemajuan teknologi membuka pelbagai peluang tetapi ia turut mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat, terutamanya kepada anak-anak.

“Antara objektif utama program ini adalah untuk membantu ibu bapa mengenal pasti cabaran dan ancaman dunia siber.

“Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemahiran keibubapaan digital dan membentuk daya ketahanan digital dalam kalangan anak-anak,” katanya ketika berucap di Dewan Belia dan Sukan Kota Belud di sini pada Sabtu.

Hilmie berkata, adalah tanggungjawab ibu bapa untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai agar mampu membimbing termasuk melindungi anak-anak daripada ancaman siber.

“Ibu bapa merupakan benteng utama melindungi anak-anak daripada ancaman siber.

“Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita bertanggungjawab untuk memahami realiti ini dan membimbing anak-anak agar mampu memanfaatkan teknologi secara positif sambil melindungi mereka daripada ancaman siber yang kian meningkat,” ujarnya.

Kongsinya, terdapat banyak aktiviti yang dilakukan menerusi program ini, termasuk permainan interaktif seperti ‘Eksplorasi Siber’ dan ‘Family Firewall’.

Tambahnya, aktiviti itu bukan sahaja memberikan pengetahuan tetapi juga pengalaman praktikal yang dapat membantu peserta dalam menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih bijak.

Program merupakan anjuran Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (HELWA ABIM) Sabah, Kumpulan Inisiatif Relawan Wanita dan Anak Sabah (KIRANA) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka