Maritim Perak tahan lelaki tangguk kerang tanpa lesen, operasi di luar waktu dibenarkan

KUALA KURAU – Bertindak atas aduan awam berkaitan kes kecurian kerang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Perak menahan seorang lelaki warga tempatan ketika dia leka melakukan kerja menangguk kerang tanpa lesen dekat 2.0 batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar, dekat sini, awal pagi Sabtu.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kurau, Leftenan Maritim, Syuhadha Sharip berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki warganegara Malaysia itu bukan sahaja melakukan kegiatan berkenaan (menangkap) tanpa lesen mengambil kerang malah beroperasi di luar waktu yang dibenarkan.

“Lelaki yang baharu sahaja mula menangguk kerang di kawasan tersebut mengemukakan lesen yang tamat tempoh.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati 10 kilogram kerang cuba dicuri oleh lelaki terbabit,”katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Akta Perikanan dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur kerang) 2002 iaitu lesen mengambil kerang tamat tempoh dan beroperasi di luar waktu yang ditetapkan.

“Jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10, 000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,”jelasnya.

Justeru itu, Syuhadha berkata, Maritim Malaysia meminta agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.

Tambahnya, sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai diminta menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 057279919 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

Related Posts

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

LIPIS – Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran kutipan RM150 juta mampu dicapai menjelang akhir tahun. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud meneruskan komitmennya menghargai kecemerlangan akademik apabila menganjurkan Anugerah Cemerlang Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Parlimen Sepanggar bagi tahun keempat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara